Keluarga
Tiada erti jika tiada mesra
Hilang ukhwah jika tiada kata
Hiba hati jika tiada rasa
Gundah gulana aku merana
Kala dulu kita gembira
Kini kita derita
Porak peranda dilanda bala
Tuduh menuduh sesama kita
Sangsi benci beribu dosa
Penuh sebak di dada
Lencun dilinangi air mata
Terpaksa ku kunci kata
Menutup telinga
Demi keluarga yang tercinta